Friday, April 11, 2008

Salam Perkenalan

Assalammualaikum buat semua,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih diatas kesudian saudara/saudari melapangkan waktu untuk menjengah ke blog Melayu Muda. Blog ini dicipta atas niat untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat di antara kita. Sudah pasti saya mengharap saudara/saudari memberikan pendapat dan pandangan didalam tajuk/isu yang disiarkan.

Sebagai orang muda, saya terpanggil untuk mewujudkan blog ini kerana saya pasti ramai dalam kalangan kita yang ingin mengetahui hala tuju orang melayu, sejarah dari mana kita bermula dan peranan kita dalam pembangunan negara.

Sedar ataupun tidak, bangsa kita mengalami pasang surut dalam penyatuan bangsa yang begitu meninggalkan kesan mendalam ke atas generasi muda. Bangsa kita makin terpinggir dan makin tercabar didalam negara sendiri. Dimanakah silapnya? Ayuhlah kawan-kawanku, bulatkan tekad, satukan semangat untuk menjadi melayu yang gemilang, terbilang dan cemerlang.

Salam Perjuangan,

Puteh Cahaya